Tiga Pintu Setan Masuk Ke Dalam Hati Manusia

January 20, 2017 by abahzaky2014

copas dari MJT Grup

 
3 Pintu syaitan masuk ke dlm hati
Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada 3.
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan melalui 3 pintu ini.

Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup, maka tiadalah ruang atau pintu bagi syaitan untuk masuk padamu.
1. Pintu Syahwat (Nafsu).

Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah atau mendidik nafsu.

Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.
2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).

Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan berzikir.

Barangsiapa yang berzikir mengingati Allah maka dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.
3. Pintu Kejahilan.

Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan ilmu. Jadi pergilah mengaji.
[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani. Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan “Petikan dari Al-Yusriyat”]

Tanggalan

January 2017
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 172,228 hits
web
statistics