Biografi Pengarang Maulid Simthud duror Habib Ali Bin Muhammad Alhabsyi
January 30, 2016 by abahzaky2014
copas dari sebelah
BIOGRAFI – MANAQIB
AL HABIB ALI BIN MUHAMMAD BIN HUSEIN AL-HABSYI رضي الله عنه.
📙 PENGARANG MAULID SIMTHUD DURAR
AL HABIB ALI BIN MUHAMMAD BIN HUSEIN AL-HABSYI رضي الله عنه.
Nasab Beliau:
‘Ali bin Muhammad bin Hussin bin ‘Abdullah bin Syeikh bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Hussin bin Ahmad Shohib asy-Syi’ib bin Muhammad Asghar bin ‘Alwi bin Abu Bakar al-Habsyi bin ‘Ali bin Ahmad bin Muhammad Asadullah bin Hasan at-Turabi bin ‘Ali bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-‘Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussin as-Sibth utera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Ayahanda beliau adalah merupakan Mufti Syafi’iyyah di Makkah sejak tahun 1270H menggantikan Syaikh Ahmad Dimyathi yang wafat.
Setelah kewafatan Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi,
tempatnya diganti oleh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
Diantara ulama Melayu yang sempat berguru kepada Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi ialah :
Syaikh Arsyad Thawil Banten, Jawa Barat.
Beliau juga berguru kepada al-Muhaddits Habib Hussin bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi.
Syaikh Mahfuz Termas juga belajar hadits kepada al-Muhaddits Habib Hussin bin Muhammad al-Habsyi, iaitu saudara kepada Habib ‘Ali al-Habsyi
Manakala bunda beliau yang berasal dari Syibam adalah
seorang sayyidah shalihah, ‘arifahbillah dan da’iyyah ilallah
‘Alawiyyah binti Hussin bin Ahmad al-Hadi al-Jufri.
Saudara-saudari beliau:
AbduLlah, Ahmad, Hussin, Syeikh dan Aminah
Pendidikan dan guru-guru beliau:
Sejak beliau dididik oleh ayahanda beliau,
Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi
Ayahanda beliau berangkat ke Mekah dan tinggal disana ketika usia Habib ‘Ali 7 tahun.
Dan urusan pendidikan beliau seterusnya diambil oleh bunda beliau
dan bunda beliau Hababah ‘Alawiyyah binti Hussin al-Hadi al-Jufri.
📝 Seterusnya beliau belajar banyak ulama,
antaranya:
Al-‘Allamah Habib Hasan bin Shaleh al-Bahr
Al-‘Allamah al-Habib Abdullah bin Hussin bin Thahir
(syaikh fath dan tahkim kepada ayahanda beliau)
Al-‘Arifbillah al-Habib Abu Bakar bin ‘Abdullah al-‘Athash
(shaikh fath beliau)
Al-‘Allamah Habib Umar bin Hasan bin ‘Abdullah al-Haddad
Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur
Al-Habib ‘Ali bin Idrus bin Syihabuddin
Al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman Bin Syahab
Al-Habib Mohsin bin ‘Alwi al-Saggaf
Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Hasan bin Umar bin Saggaf
Al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Saggaf
Al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Muhdhar
Al-Habib ‘Idrus bin Umar al-Habsyi
Sayyid ‘Abdullah bin Hussin bin Muhammad
Syaikh Muhammad bin Ibrahim
Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1276H atas permintaan ayahanda beliau, dan tinggal disana selama 2 tahun.
Ketika itu beliau berusia 17 tahun.
Di Hijaz beliau mengambil peluang menuntut ilmu dengan para ulama disana.
Ketika di Mekah, beliau, kakaknya Habib Hussin dan Habib ‘Alwi al-Seggaf sering mengulang kaji kitab Minhaj dan 12 buah syarahnya bahkan mereka menghafalnya.
Melalui pengembaraan mencari ilmu dan menemui para ‘alim-ulama di Hadramaut dan Hijaz, maka Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi menguasai dengan baik pelbagai ilmu, samada yang dzahir maupun yang bathin.
Sekembalinya dari Mekah, maka bermulalah pula kegiatan beliau berdakwah dan mengajar.
Beliau menjadi imam, berdakwah, mengajar dan beribadah di Masjid Hambal. Lebih kurang 30 tahun beliau berkhidmat disana.
Setelah itu beliau membangunkan ribath beliau sendiri di kota Seiwun, untuk para penuntut ilmu.
Kemudian belau membangunkan pula masjid yang dinamakan Masjid Riyadh berhampiran dengan ribath yang beliau telah bangunkan.
Masjid tersebut dibangunkan pada tahun 1303. di Masjid inilah pengajian hadits diadakan pada setiap hari Senin.
Dibacakan kutubus sittah atau al-Ummahat as-Sit.
Ketika usia beliau menginjak 68 tahun,
beliau mengarang sebuah kitab maulid yang diberi nama Simtud Durar.
Sebuah kitab maulid yang masyhur dan penuh barokah,
yang sehingga kini dibaca di Hadramaut, Nusantara dan Afrika.
Beliau mula mengarang pada Khamis, 26 Shafar 1327 dan menyempurnakannya pada 10 Rabiulawwal 1327H.
Hasil dari pernikahannya, Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi
dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu
‘Abdullah,
Muhammad,
Ahmad,
‘Alwi dan
Khadijah.
Kewafatannya:
Al-‘Arifbillah al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi wafat pada waktu Dhuhur, hari Ahad, 20 Rabi’uts Tsani 1333H dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Riyadh.
📝 Murid-murid beliau:
Al-‘Arifbillah al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi meninggalkan banyak murid, antaranya:Anak-anak beliau sendiri iaitu
‘Abdullah,
Muhammad,
Ahmad dan
‘Alwi;
Al-‘Allamah al-Habib Syaikh bin Muhammad (adik beliau);
Al-‘Allamah al-Habib Ja’far bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar
bin Seggaf al-Seggaf ;
Al-‘Allamah al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin
‘Umar bin Seggaf al-Seggaf
(ayahanda kepada al-Marhum al-Habib ‘Abdul Qadir
as-Seggaf Jeddah)
Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi bin Hassan al-Seggaf;
Al-‘Allamah al-Habib Muhsin bin ‘Abdullah bin Mihsin al-Seggaf;
Al-‘Allamah al-Habib ‘Ali bin ‘Abdul Qadir bin Salim bin ‘alwi al-‘Aidarus; Al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Zein al-Habsyi;
Al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Muhammad bin Ibrahim Bilfaqih;
Al-‘Allamah al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur; Al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri;
Dan masih banyak lagi
💖Semoga bermanfaat untuk qta keluarga dan sanak family qta dan sanggup mnambahkan cinta kpda rosul dan para pewarisnya💞
📙 “BIOGRAFI AULIA'”