Kisah Anak Muda Beriman

July 28, 2015 by abahzaky2014

copas Dari WA MJT Grup

Cerita tentang perjuangan anak muda yg imanya pada Allah sangat kuat dan berdakwah di jalan Allah tanpa rasa takut pada siapapun hingga syahid menjemput beliau karena mempertahankan agama Allah dan kecintaanya pada ummat manusia agar terhindar dari adzb neraka sebab kejahiliahan dan kesyirikan mereka, ashabul ukhdud. Simak ceritanya di bawah ini dg bahasa melayu

قَالَ : تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ ، وَتَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ، ثُمَّ ضَعِ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قُلْ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ، ثُمَّ ارْمِنِي ، فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتَنِي ،
Budak lelaki itu berkata: Orang ramai hendaklah dikumpulkan di suatu tempat. Engkau hendaklah menyalib aku pada sebatang pokok. Seterusnya engkau ambillah anak panah ku daripada bekasnya, dan engkau letakkan anak panah itu pada busurnya, seterusnya engkau menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, seterusnya engkau terus memanah aku. Seandainya engkau melakukan sedemikian rupa, engkau akan berjaya membunuh aku.
فَجَمَعَ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ، ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبْدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قَالَ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ثُمَّ رَمَاهُ ، فَوَقَعَ السَّهْمُ فِي صُدْغِهِ ، فَوَضَعَ يَدَهُ فِي صُدْغِهِ فِي مَوْضِعِ السَّهْمِ ، فَمَاتَ 
Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu tempat, dan menyalib budak lelaki itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil anak panah budak lelaki itu daripada bekasnya, kemudian meletakkannya pada busurnya, kemudian menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, kemudian dia terus melepaskan panahannya, lalu anak panah itu pun mengenai bahagian antara mata dan telinga budak lelaki tersebut. Budak lelaki itu meletakkan tangannya pada bahagian yang terkena panahan tersebut, lalu dia pun meninggal dunia.
، فَقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، فَأُتِيَ الْمَلِكُ ، فَقِيلَ لَهُ : أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ ، قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ ،
Orang ramai pun berkata: Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Raja pun didatangi dan dikatakan kepadanya: Tidak tuanku melihat apa yang tuanku takuti selama ini? Demi Allah, sesungguhnya ia telah menimpa tuanku. Manusia telah beriman!
فَأَمَرَ بِالْأُخْدُودِ فِي أَفْوَاهِ السِّكَكِ ، فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ النِّيرَانَ ، وَقَالَ : مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ ، فَأَحْمُوهُ فِيهَا أَوْ قِيلَ لَهُ اقْتَحِمْ ، فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا ، فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا ، فَقَالَ لَهَا الْغُلَامُ : يَا أُمَّهْ اصْبِرِي ، فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ ” .
Lalu raja itu menyuruh untuk digali parit dan dinyalakan api. Lalu dia bertitah: Sesiapa yang tidak kembali kepada agamanya, terjunlah ke dalam api tersebut. Mereka semua melakukannya hinggalah sampai kepada seorang wanita yang sedang bersama-sama anak kecilnya. Wanita itu enggan untuk terjun ke dalam api, lalu tiba-tiba bayinya berkata: Wahai ibu ku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.
[Sahih Muslim : 5332]

Siapakah ashabul ukhdud?inilah kisahnya

siapakah ashabul ukhdud?

Ashabul Ukhdud. Kisah seorang budak lelaki melawan raja, akhirnya mati syahid kerana mempertahankan keimanan.

Pernahkah anda membaca surah al-Buruj. Dalamnya terkandung kisah Ashabul Ukhdud. Mari kita baca kisahnya.
عَنْ صُهَيْبٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ ، قَالَ لِلْمَلِكِ : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ ، فَابْعَثْ إِلَيَّ غُلَامًا أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ،
Daripada Suhaib bahawa Rasulullah S

AW bersabda:

“Pada zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang budak lelaki untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.”
فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلَامًا يُعَلِّمُهُ ، فَكَانَ فِي طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلَامَهُ ، فَأَعْجَبَهُ ،
Lalu diberikan kepadanya seorang budak lelaki untuk dia mengajar ilmu sihir kepadanya. Dalam perjalanan budak lelaki itu ke tempat ahli sihir, budak lelaki itu bertemu seorang rahib Lalu dia pun duduk untuk mendengar kata-kata rahib tersebut. Budak lelaki itu merasa takjub dengan rahib itu.
فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بِالرَّاهِبِ ، وَقَعَدَ إِلَيْهِ ، فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ ،
Apabila budak lelaki itu mahu pergi ke tempat ahli sihir, dia akan melalui tempat rahib tersebut, dan dia akan duduk di situ. Tatkala budak lelaki itu sampai sahaja ke tempat ahli sihir, ahli sihir akan memukulnya (kerana dia sering terlewat tiba) . Budak lelaki itu pun mengadukan hal tersebut kepada rahib itu.
فَقَالَ : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ ،
Rahib itu menjawab: Apabila engkau takut kepada ahli sihir, katalah kepadanya: Keluarga aku yang menyebabkan aku terlewat, dan apabila engkau takut kepada keluarga engkau, maka katalah: Ahli sihir menyebabkan aku terlewat.
فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ ، فَقَالَ : الْيَوْمَ أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمْ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ ، فَأَخَذَ حَجَرًا ،
Keadaan itu berterusan, hinggalah suatu hari dia bertembung dengan seekor haiwan yang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak lelaki itu berkata: Pada hari ini, aku akan ketahui, siapakah yang lebih utama, ahli sihir atau rahib. Budak lelaki itu pun mengambil seketul batu.
فَقَالَ : اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ ، فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِيَ النَّاسُ ، فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا ، وَمَضَى النَّاسُ ،
Budak lelaki itu menyebut: Ya Allah! Seandainya urusan rahib itu lebih Engkau cintai daripada urusan ahli sihir, bunuhlah haiwan ini supaya orang ramai dapat lalu di sini. Dia terus melontar batu itu, dan berjaya membunuh haiwan tersebut. Maka manusia pun dapat melalui jalan itu.
فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ ، فَقَالَ لَهُ الرَّاهِبُ : أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّي قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى ، وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ ابْتُلِيتَ فَلَا تَدُلَّ عَلَيَّ ، 
Budak lelaki itu pergi menemui rahib dan menceritakan hal yang terjadi. Rahib itu berkata kepada budak lelaki tersebut: Wahai anakku, engkau pada hari telah menjadi lebih utama daripada aku. Aku melihat urusan mu telah tiba. 
Sesungguhnya engkau akan diuji. Jika engkau diuji, jangan sesekali engkau memberitahu orang lain tentang diri ku.
وَكَانَ الْغُلَامُ يُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَيُدَاوِي النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الْأَدْوَاءِ ، فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ قَدْ عَمِيَ ، فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ ، 
Budak lelaki itu mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan penyakit buta dan sopak serta berkebolehan merawat manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Seorang pembesar diraja yang buta mendengar berita tentang budak lelaki ini. 
Dia pun pergi menemui budak lelaki tersebut dan memberinya pelbagai hadiah yang banyak.
فَقَالَ : مَا هَاهُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ شَفَيْتَنِي ، فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَإِنْ أَنْتَ آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ ،
Pembesar itu berkata: Semua yang ada di sini adalah milik mu seandainya engkau berjaya menyembuhkan aku. Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa pun. Sesunguhnnya yang menyembuhkan adalah Allah. Jika engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mu.
فَآمَنَ بِاللَّهِ فَشَفَاهُ اللَّهُ ، فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ ؟ ، قَالَ : رَبِّي ، قَالَ : وَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي ؟ ، قَالَ : رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ ، 
Pembesar itu pun beriman kepada Allah, lalu Allah menyembuhkannya. Dia kembali kepada raja, dan duduk di samping raja seperti biasa. Raja bertanya kepada pembesar itu: Siapa yang mengembalikan penglihatan mu? Pembesar itu menjawab: Tuhan ku! Raja bertanya lagi: Adakah engkau memiliki Tuhan selain aku? Pembesar itu menjawab: Tuhan aku dan Tuhan mu adalah Allah!
فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الْغُلَامِ ، فَجِيءَ بِالْغُلَامِ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : أَيْ بُنَيَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ ،
Raja terus menghukum dan menyeksanya sehinggalah dia memberitahu raja tentang budak lelaki tersebut. Raja itu pun pergi menemui budak lelaki itu dan berkata: Wahai anakku, sesungguhnya sihir mu sudah sampai ke tahap mampu menyembuhkan penyakit buta dan sopak, dan pelbagai lagi yang telah engkau buktikan.
فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ ، فَجِيءَ بِالرَّاهِبِ ، 
Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan sesiapa, yang menyembuhkan adalah Allah. Dia pun ditangkap dan diseksa sehinggalah dia memberitahu tentang rahib tersebut. Lalu raja pun pergi menemui rahib itu.
فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ ، فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِيءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ ، 
Dikatakan kepada rahib itu: Pulanglah daripada agama mu sekarang (kembali kepada kepercayaan nenek moyang). Rahib itu enggan, maka raja meminta dibawakan sebuah gergaji. Gergaji itu diletakkan di tengah-tengah kepala rahib, lalu kepala rahib digergaji sehingga terbelah dua. Kemudian raja itu mendatangi pembesarnya, 
فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بِالْغُلَامِ ،
Dikatakan kepada pembesar diraja itu: Kembalilah kepada agama mu. Dia enggan, lalu raja meletakkan gergaji di atas kepalanya, lalu menggergajinya sehingga dia terbelah dua. Kemudian raja itu pergi kepada budak lelaki tersebut pula, 
فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا ، فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَإِذَا بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَاطْرَحُوهُ ،
Dikatakan kepada budak lelaki itu: Kembali lah kepada agama mu. Budak lelaki itu enggan, lalu dia diserahkan kepada tentera-tentera diraja yang lain. Raja berkata: Pergilah kalian, dan bawa budak lelaki ini ke sebuah bukit. Dakilah bukit itu dan bawa dia bersama-sama. Apabila kalian telah tiba di puncaknya, seandainya dia kembali kepada agama asal (maka jangan apa-apakan dia, tetapi jika dia enggan),maka campakkanlah dia ke bawah.
فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَرَجَفَ بِهِمُ الْجَبَلُ ، فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،
Pengikut-pengikut raja itu pun membawanya mendaki bukit tersebut. Budak lelaki itu berkata: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki. Lalu gunung itu pun bergegar, dan semua pengikut raja jatuh ke bawah. Budak lelaki itu pun datang dengan berjalan kaki menemui raja.
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ ، فَاحْمِلُوهُ فِي قُرْقُورٍ ، فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ ، وَإِلَّا فَاقْذِفُوهُ ،
Raja berkata kepada nya: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Budak lelaki itu menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu raja menyerahkan budak lelaki itu kepada pengikutnya. Raja itu berkata: Pergilah! Bawalah dia menaiki sampan sehingga sampai ke tengah lautan. Seandainya dia kembali kepada agamanya (maka jangan diapa-apakan dia), jika tidak, campakkan sahaja dia ke laut.
فَذَهَبُوا بِهِ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفِينَةُ ، فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ، 
Mereka pun pergi bersamanya. Budak lelaki itu pun berdoa: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa cara yang engkau mahu. Lalu sampan mereka pun terbalik, dan pengikut-pengikut raja itu kesemuanya lemas tenggelam di dalam lautan. Budak lelaki itu berjalan pulang menemui raja. 
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَقَالَ لِلْمَلِكِ : إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ ، قَالَ : وَمَا هُوَ ؟ ، 
Raja bertanya kepada budak lelaki itu: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Jawab budak lelaki itu: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Dia berkata lagi kepada raja tersebut: Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehinggalah engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja pun bertanya: Apa yang perlu aku lakukan?

ْ